Format Idola Kecil Ultra

Pemilihan bekas juara dan alumni akan dilakukan oleh tenaga pengajar Idol Kecil iaitu Cikgu Delly dan Cikgu Fuzzwayne dimana para Idola harus melepasi beberapa peringkat saringan iaitu bermula pada Top 30, kemudian mereka akan disaring ke Top 24, kemudian Top 18 dan akhir sekali finalis akhir akan dipilih melalui Top 12. Keputusan pemilihan Idola Kecil adalah berdasarkan markah yang diberikan oleh Cikgu Delly dan Cikgu Fuzzwayne berdasarkan persembahan mereka.